Sunday, January 15, 2012

rezeki rahsia Allah

rezeki itu rahsia Dia. bagaimana caranya, hanya Dia yang tentukan. bilakah masanya itu juga kerja Dia.

tapi kita harus berusaha supaya mendapat peluang menikmati rezeki Dia itu.

jalan untuk kita menikmati peluang rezeki itu berbeza. saya dan kamu dan dia tidak sama.

apa jua jalannya selagi ia tidak salah, saya harus bersyukur. saya harus pandang positif. mungkin memang begini jalan untuk saya.

oleh itu, saya harus sentiasa berfikir positif. berbaik sangka. dan pastinya cuba berusaha sebaik mungkin dan semampu mungkin.

tak salah mengubah persepsi diri ke arah yang lebih positif. berusaha. berusaha. berusaha.

saya melawat mengacau kawan saya d site. tak sempat kol bgtau saya datang, dia da tepacak kat luar pintu masuk sambil tahan keta saya. seperti ade instinct je saya nak datang. sebenarnya dia tengah duk sembang ngan kawan2 lain. dia ajak join dia dan kawan2 sekerja dia minum. saya menolak pada awalnya sebab saya kurang selesa, kekok dan sebenarnya segan dengan orang yang saya tak kenal dan juga risau mereka kurang selesa dengan kehadiran saya.

tapi kawan saya berkeras. dia kata jangan risau kawan2 saya ok. durang tak kisah. lagipun waktu tu untuk teruskan perjalanan balik, jalan jammed. so, saya decided untuk join durg sambil memujuk hati sendiri dengan berkata dalam hati “takpe kawan saya ada”. huhuhu. macam budak2 je saya punya fikiran kan.

kenalan baru saya itu atau encik itu walaupun lebih berusia berbanding kami, bukan melayu, background yang sangat berbeza dengan saya, dia tau bagaimana supaya saya boleh selesa duduk bersembang bersama mereka. dia tak membiarkan saya jadi pemerhati saja. dia tau buat saya bersembang dan gelak bersama mereka. sedikit pun tak buat saya rasa terasing.

dan yang paling saya suka, saya dapat rasa dia seorang yang sangat positif dan punya hati yang baik. walau hanya sembang kosong sambil bergelak ketawa, dia berkongsi sesuatu yang menarik dengan kami. mungkin sebab dia lebih dulu makan garam kan. semuanya buat saya berfikir. semuanya buat saya lebih positif.

btul orang slalu kata bersama orang hebat, kita ingin jadi hebat juga. bersama orang positif, kita ingin jadi positif juga. orang-orang sekeliling kita sedikit sebanyak pasti akan mempengaruhi kita. so, takde salahnya kita berkenalan dengan lebih ramai orang especially orang-orang yang selalu berfikiran positif dan yang pastinya hargaila orang yang selalu ada bersama kita walau kita di bawah atau di atas.

ingatan untuk diri sendiri sebenarnya supaya takde lagi rasa kekok kenal ngan orang baru. hanya perlu jadi diri sendiri saja.

Tuesday, January 10, 2012

saya akan positif

kerana kawan saya selalu positif.

dia akan cakap benda yang sepatutnya d tempat dan masa yang sepatutnya. dia akan buat saya ketawa bila tau saya tak gembira. dia akan marah kalau saya buat benda yang kurang wajar. dia akan cuba carik masa bantu saya kalau saya perlukan bantuan. dia akan keluarkan pendapat rasional bila saya perlukannya.

dia selalu cakap kita yang buat keje tu jadi seronok, bukan keje tu yang bagi seronok.

tak mudah give up. bagi kawan saya, datangla apa keadaan sekalipun dan siapa pun d sekelilingnya, kalo minat mesti boleh survive dengan apa yang kita buat. kalo tak harung kesusahan ni sampai bila2 pun takkan dapat pengalaman tu.

biar dia tengah rasa sangat susah, tapi dia tetap bertahan sedaya upaya dia. semuanya kerana kesungguhannya yang tinggi bila dia buat sesuatu. saya doakan dia selalu sentiasa berjaya tempuh semuanya. saya tau awak boleh.

saya juga sedang berfikir positif dengan apa yang sedang berlaku sekarang. saya tak patut fikir yang bukan-bukan. saya harus berusaha. buktikan dan buat sedaya upaya saya. mungkin ini yang terbaik buat saya. berusaha dan selebihnya berserah padaNya.

saya gembira punya kawan-kawan yang positif tak kira yang dekat atau jauh d mata saya. time kasih kawan-kawan.

Thursday, January 5, 2012

saya sangat penat batuk.

292008_2369711717881_1103104676_32724108_1065681936_n

oktober 2011. 1st time batuk untuk tahun itu. batuk yang agak teruk. dan ini ubat untuk batuk saya. time kasih woods peppermint strawberry. time kasih juga kepada yang membelinya.

dan tahun 2012 sy disambut dengan batuk juga. da hampir 2 minggu. dan masih blum baik2 lg. pnatnye batuk!

nak kena makan ubat ke? adusss…

Friday, December 23, 2011

tolong senyum.

suatu pagi jumaat. tepon berbunyi.

: hello, assalamualaikum.

: waalaikumsalam.

: awak bz ke?

: xla. biase je. nape?

: saya nak minta tolong sikit boleh?

: ape die?

: tolong senyum kat saya ari ni.

dan saya terus ketawa. lebih dari senyum.

thanks a lot.

smile-famous-quotes-sayings_large

u are not fully dressed until u wear a SMILE

Thursday, December 22, 2011

rindu kawanku

408663_327753983903439_100000065212644_1312807_672770689_n

dari kiri: bee, ayu, mus, saya, julie. salah satu memori time final year dinner

thanks to bee. sebab bee saya dapat tengok balik gamba-gamba time final year dinner saya. bee upload gamba-gamba time dinner ni kat fb ari nie. gamba-gamba simpanan saya semua da hilang dicopet bersama laptop saya Crying face.

rindu bee. rindu yang lain-lain. rindu kawan-kawanku.  rindu kamu semua.